"Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim.Perkataan ini diambil daripada nama Allah SWT yang bermaksud "Maha Penyayang". Sudah tentu Allah SWT tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina disisi-Nya. Sudah tentu Allah SWT akan memilih sesuatu yang mulia untuk dianugerahkan ."
"Allah SWT tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah wanita menjaga ciptaan Allah dan memberi makan kepada apa sahaja yang dicipta Allah SWT."
"Besarnya penghargaan yang telah Allah SWT beri kepada wanita. Siapa yang dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujuan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita disisi Allah SWT."
Diari Islamiah
1430-1431
